Riwayat gempa Gempa_bumi_Chūetsu_2004

Prefektur Niigata dalam catatan sejarah telah sering mengalami gempa bumi. Gempa besar terkenal yang terakhir kali terjadi ialah pada 16 Juni 1964 yang berkekuatan 7.5 dan menimbulkan 28 orang terkorban, di mana telah terjadi likuifaksi besar dan tsunami yang menghancurkan kota pelabuhan Niigata. Gempa ini penting, kerana bersama-sama dengan gempa Alaska 1964, adalah pertama kalinya para pengkaji benar-benar mulai secara mendalam mempelajari likuifaksi tanah.

Ada pula gempa bumi lepas pantai Chūetsu 2007, yang terjadi sejurus selepas berlakunya sebuah taufan besar, sehingga menyebabkan banyak kesukaran.